.:: Pencarian PeRMaTA ::.

Khamis, 26 Mei 2011

.:: Syukurlah padaNYA ::.



~Makluk allah yang mensyukuri nikmat PENCIPTAnya...masya allah...


Sabda Rasulullah S.A.W:
Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan. Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula
Riwayat Tabrani


.....berSYUKURlah kerana kita ada DIA setiasa disamping walau di mana kita berada......

“ ……Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah”

.::Senyum tanda SIHAT ::.




Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Apabila
darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang
mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain
itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal
ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar
dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun
iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak
berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari
berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Dalam
kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan ebagai
eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala
kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel
darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari
keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan
hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormone
‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan
‘adrenaline’ .
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein
melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan)
dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

Senyuman juga mampu
merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan
ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300
responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung
kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman
dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma,
abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa
‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum
tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan
senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan
lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu
juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Jumaat, 20 Mei 2011

.:: Don't Waste Our Time ::.

~>My friend's ask to me, " Have you heard of this?"

" To comprehend the value of one year,just ask the students who failed their entrance exam."

~> "What's that?"

~>"Listen to me..

*To comprehend the value of one month,just ask a mother who gave birth to a premature baby.

*To comprehend the value of one week,just ask the editor of a weekly newspaper.

*To comprehend the value of one hour,just ask the lovers who are waiting to meet.

*To comprehend the value of one minute,just ask the people who missed the train.

*To comprehend the value of one second,just ask the person who managed to avoid an accident just in time.

*To comprehend the value of tenth of a second,just ask the person who ended up with a silver medal at the Olympics.

The hands of the clock will continue ticking.

Therefore,

TREASURE every moment you have.And treat today as the utmost gift you'll have,"(=^_^=)



*** thank's friend, ALHAMDULILLAH......



P/s : kpd sahabat di UM (universiti mutah) selamat menjalani peperksaan..insya allah,ud'u kullu kom bi khoir...bi taufiq wa najjah..amin ;)
Terus berusaha n jangan berputus asa..GAMBATEE !!! Jangan lupa pinta pergantungan n kekuatan dariNYa..
.


"Kemudian apabila kamu telah membulatkn tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-NYA." 
:Ali~imran;159
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~KOD MAKANAN YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI~

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.