.:: Pencarian PeRMaTA ::.

Isnin, 24 Oktober 2011

~Mawar Berharga~

~Lama rasanya tinggalkan PeRMaTA YaNG DiCari...banyak sebenarnya yang inginku kongsi di sini..tapi cuma mampu memandang ,akal buntu,lidah kelu,jari lagi le ...xtahu apa yang nak ditaip... 'shopping'... akhirnya sampai di satu blog ni... MENARIK !! dari x tertulis ape2 di sini...jadi saya kongsikan je 'entry' yang saya terbaca di laman yang menarik ni...

  Semoga dapat bermuhasabah bersama...^_^ insya allah...


Ukhtiku.....
Artikel ini ku tulis dengan rasa kasih di hati. Renungkanlah isinya, hayati
maknanya, aplikasikan ilmunya dan sematkan di kalbumu selamanya. Jadikanlah
pesananku ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu, untuk
muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah. Insya Allah....

Ukhtiku....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang
bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang
kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan
warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi
awas, duri yang melingkari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Ukhtiku.....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentengilah
dirimu dengan perasaan malu yang
bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.

Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang
wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat
kepadanya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang
terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan
permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya
keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang
terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh pada
Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan
yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang
tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam
dirimu.Sudah pastinya
darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...

Namun ingatlah Ukhtiku....
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka
Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang penting ukhtiku...
engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah.

Ukhtiku.....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari
tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu.

Sesungguhnya
Nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu :

" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas
wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....

Oleh itu Ukhtiku.....
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah
berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain
mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau
harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa
menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Ukhtiku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah semulajadi
setiap insani, namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta.

Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah. Kerana cinta manusia
sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta
keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta. Benarlah
sabda Rasulullah SAW :

"Sesungguhnya cinta itu buta"

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak
dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak
kerana Allah SWT.

Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Mengkaji hakikat
kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak
berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah. Semoga
disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu.


Ukhtiku...
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang
hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada
makhluk pastinya akan bertambah
retak dan terburai. Tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia
akan bertaut kembali.

Dalam usia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal
dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu
tidak mampu bertapak
dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah
sebagai renungan bersama :

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang
insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang
itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun
yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta
kepada pencipta manusia sendiri."

"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA,
CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA."


Wallahu Ta'ala A'lam...."



                                     ~ISLAM it's a way of LIFE~

Sabtu, 22 Oktober 2011

~ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA ISI HATI HAMBANYA~

JAWAPAN DARI ALLAH SWT

1- KITA BERTANYA : KENAPA SEHINGGA KINI AKU BELUM ADA JODOH, SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK AKU ?

ALLAH MENJAWAB :
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."  [Surah An Nur : Ayat 26]


2- KITA BERTANYA : AKU ORANG BUJANG LAGI MISKIN, MAKAN DAN MINUM PUN CUKUP HANYA UNTUK KEPERLUAN SENDIRI. APAKAH AKU LAYAK UNTUK BERKAHWIN?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." [Surah An Nur : Ayat 32]


3- KITA BERTANYA : TAPI ORANG MASIH LAGI MENGATAKAN AKU BELUM LAGI MAMPU BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB:
"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.." [Surah An Nur : Ayat 33]


4- KITA BERTANYA : WALAUPUN MASIH BELUM MAMPU UNTUK BERKAHWIN AKU JUGA INGIN HIDUP BAHAGIA SEPERTI INSAN-INSAN LAIN, BERKASIH SAYANG, MEMPUNYAI PASANGAN HIDUP DAN ZURIAT, APAKAH AKU LAYAK UNTUK SEMUA ITU?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.." [Surah Ar Rum : Ayat 21]


5- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU AKU LAYAK LAH UNTUK BERKAHWIN, TAPI APAKAH CARANYA UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". [Surah Al Mu’min : Ayat 60]


6- KITA BERTANYA : AKU SUDAH BERDOA, TAPI SEHINGGA KINI BELUM LAGI DIMAKBULKAN DOANYA?

ALLAH MENJAWAB :
”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. [Surah Al-Baqarah : Ayat 153]

”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. [Surah Alam Nasyrah : Ayat 5 – 6]


7- KITA BERTANYA : AKU TAHU SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN. TAPI, APAKAH TIDAK ADA CARA LAIN YANG MAMPU AKU BUAT?

ALLAH MENJAWAB :
”Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. [Surah Muhammad : Ayat 7]


8- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU, BAGAIMANAKAH CARANYA ?

ALLAH MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Kuasa.." [Surah Al-Hajj : Ayat 40]


9- KITA BERTANYA : SETELAH SEMUA ITU DILAKUKAN, BILAKAH PULA ALLAH AKAN MENOLONG AKU?

ALLAH MENJAWAB :
"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.." [Surah Al-Baqarah : Ayat 214]


=============================================================
Itulah jawapan Allah buat orang yang bertanya..

Dan Allah swt, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang tidak akan menyalahi janji-janji NYA.

Inilah juga keyakinan yang PERLU ada pada setiap mukmin dan mukminat. Insyaallah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~KOD MAKANAN YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI~

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.