.:: Pencarian PeRMaTA ::.

Khamis, 17 Mei 2012

.:: Kain Putih mula diCorakkan ::.

Bismillahirahman arRahim...


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

(QS al-Baqarah [2]: 30)

     Bermulanya kita lahir ke dunia, maka akan terikatlah janji kita yang satu. MENJADI KHALIFAH  dimuka bumi ini.. 1 hari kita dilahirkan ke dunia,bermulalah tanggungjawab kita sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapa. Kain putih yang bakal dicorakkan dengan pelbagai corak dan warna disekelilingnya.

    Masa berlalu pergi, tarbiah PERTAMA bermula. Secara langsung di rumah, 'ibu' dan 'ayah' ayat pertama yang dilafazkannya.

    Kain putih itu dicorakkan lagi, seawal umur yang muda dikenalkan dengan PENCIPTANYA, subhanallah !! dititipkan surat dari PENCIPTANYA, mengalunkan irama yang indah seindah bait yang dihafal oleh sikecil walau belum mengerti makna yang sebenarnya. CUMA MENGIKUT..

   Membesar lagi anak itu, didikan tarbiah terus berlangsung. Secara langsung di sekolah, mula mengenal huruf  , mengenal apa itu alam dan apa itu kehidupan , membaca dan berfikir , mengira dan mecongak.. dia kian mengerti tapi masih tercari-cari bayangan sebenar.

  Meningkat dewasa, bergelar MAHASISWA. Era gemilang sebagai Dai'e atau pendakwah yang dulunya hanya sebagai mad'u atau penerima. Langkah semakin besar dan pantas, sekencang larian kuda di medan peperangan.

Melakar sebuah KEHIDUPAN


  Tanggungjawab sebagai hamba ALLAH tidak dilupa. Bermula bangunnya ia dari tidur, solat Subuh.. Tanggungjawab sebagai seorang manusia, didahului sarapan pagi bersama teman-teman seperjuangan. Berkongsi rasa, cerita 'panas dan sejuk', dan masing-masing menyuarakan rasa. Tanggungjawab seorang mahasiswa pula, ke kuliah  pada waktu yang ditetapkan. Menimba ilmu supaya mampu berkongsi dan memberi kelak.

 Namun, Daie tidak berhenti hingga itu, terus bergerak menyumbang sesuatu. Melaksanakan tugasnya, menyambung amanat dan tugas nabi dan rasul. Menyampaikan Dakwah Islam hingga ke penghujung nyawa. Tidak kira di mana tempatnya atau masa. Seperti Nabi Yusuf a.s. menyampaikan Dakwah Islam di penjara. Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan dakwah ketika menggali parit  di medan perang Khandak.

 Jangan disempitkan kefahaman dakwah bahawa tajuk dakwah ini cuma pada ceramah,tazkirah,daurah,bengkel atau lain-lain. Dakwah Islam sebenarnya melangkaui kesemua itu.
Jangan cuma sumbangkan pada petahnya berkata-kata di hadapan orang ramai, jangan cuma pada hebatnya dalam penulisan. Tidak pandai berkata-kata,tidak pandai menulis dan berkarya maka tanggugjawab kita terhenti. SESEKALI TIDAK !! Sumbangan kita meluas, seluas lautan dunia yang tiada penghujungnya.

 Jadilah seorang Daie yang memahami, Daie yang bersikap kemasyarakatan, Daie yang menjadi rujukan kepada orang lain, QUDWAH HASANAH pada MAD'u disekelilingnya dan itu semua juga merupakan sumbangan amal SEORANG YANG BERGELAR DAIE. Segalanya diniatkan kerana AGAMA ISLAM.


Dalam erti kata lain,

Kitalah yang melagukan lirik-lirik dakwah kepada telinga-telinga pendengar,
Kitalah yang melukis dakwah pada kanvas-kanvas hati manusia yang kosong,
Kitalah yang meneriakkan laungan-laungan dakwah di setiap tempat yang dihuni manusia.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~KOD MAKANAN YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI~

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.