.:: Pencarian PeRMaTA ::.

Selasa, 22 April 2014

~MiLiK siAPa HATI iNi ~


assalamualaikum pembaca yang dikasihi...

ruangan BiNGkisAN HaTi TanPA SuARa lengang kerana lama tidak berkutik..jika rumah yang lama tidak didiami, pasti bersaranglah sang labah-labah memenuhi dinding..

Entah tiba-tiba, datang satu mesej berbunyi..
.
"JANGAN MENUNGGU TERINSPIRASI BARU MENULIS, TETAPI MENULISLAH !! MAKA INSPIRASI AKAN HADIR DALAM TULISANMU " 

DEEP !!

“Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.”
-masa terluang banyak hari ini (walaupun sebenarnya perlu tumpu untuk perperiksaan pertengan semester).. terdetik di hati untuk membuka folder lama dan terbaca sebuah cerpen yang sangat menusuk kalbu..."tercetus satu angan-angan "...kemudian  berfikir sendiri...sedalam-dalamnya....SIAPAKAH SAYA SEKARANG INI?? >.<

Saya nukilkan sebuah puisi ATAU  keluhan rasa dari hati yang mendalam ...hayati yerr..

Hati terasa kosong..
buntu memikirkan ruangan kekosongan itu..
apakah tandanya ?
Hati kosong pinta di isikah?
atau hati sebenarnya kotor
kerana sudah tercemar dek kealpaan diri?
Satu persatu lembaran lalu terselak,
tompok-tompok dosa semakin tercorak..
dulu aku disekat dan dijaga..
maka bolehlah aku berjaga-jaga..
tetapi kini  aku bebas..
jadinya diri semakin terbabas..
satu demi satu tersungkur ,
atau sekurang-kurangnya tumbang,
atau sekurang-kurangnya kecundang.
Tidak lagi terjaga..
Nafsu semakin bermaharajalela…
asal usulku semakin terlupa..
aku muslimah harus sentiasa berjaga-jaga..

Cinta manusia kini tinggi di singgahsana..
memenuhi hatiku…

Hatiku kini  kosong ..
infiniti seorang gadis ..
seiring keinginan mahu  didampingi..

Hatiku terasa kosong…
LAYAKKAH??
inginku kembali mendapatkan CintaNYA
cinta pada yang sebenar-benarNYA..
bukan cinta kepada dia yang sementara..
tak inginku lagi membelakangiNYA..

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, orang suci dalam debu…
Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlahnya kecil…
Mereka akan bertemu suatu hari nanti..
Mereka ada pasangannya…
“ Firman Allah : Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya dan orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya( yang memelihara diri dari melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar.” (surah Al-Ahzab:35)


ku disua surat CINTANYA ,
hati dipagut pada sepotong ayat..
kembali berserah kepada ketentuanNYA..
 “..boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah al-Baqarah :216


Hati merintih pedih ..
layakkah aku diterimaNya..
jiwa penuh noda ..
hati penuh dosa…
aku masih merangkak..
mencari kemulian disisi MU..
Hatiku milik siapa??
Ya Allah , hatiku milik MU



“Ya Allah, hambaMu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini.Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan  nafsu ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambaMu ini berdosa…Amin yarabbal alamin…”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~KOD MAKANAN YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI~

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.