.:: Pencarian PeRMaTA ::.

Jumaat, 6 Julai 2012

.:: SIAPA KITA TANPA ALLAH ::.



SIAPA KITA TANPA ALLAH...

sebenarnya dalam hidup ini apa yang kita cari?? ada yang menjawab harta, wang ringgit, kebahagiaan, keluarga yang bahagia, kawan yg ramai dan sebagainya.Namun, walaupun semuanya ada digenggaman , ada kalanya kita merasa resah. walau acap kali kita merasa terlalu bahagia seperti dunia ini kita yang punya kerana, rasa gelisah tetap juga mengusik jiwa... tidak tahu apa puncanya..

kenapa ada waktu kita resah dan ada waktu pula kita merasa bahagia??

cuba sahabat2 meletakkan tangan ke dada dan rasa dengupan jantung anda serta sebutlah Astaghfirullahal 'Azim dengan rendah hati...apa yang sahabat rasa? seakan wujud 1 rasa keinsafan dan kesedihan bukan? sedih itu bukan beerti kita sedih meratapi tetapi sebenarnya ketenangan yang abadi hinggap di hati apabila kita mengingati Allah.

cuba sahabat2 tunduk, merasakan diri ini lemah dihadapan Allah. mata yang melihat ini anugerah Allah, tangan yang bergerak ini kepunyaan Allah, kaki yang berjalan ini milik Allah. apa yang sahabat rasa? pastinya timbul rasa kerendahan hati dihadapan Allah bukan??? dan tidak semena2 perasaan resah gelisah yang tidak tahu puncanya itu hilang sedikit demi sedikit.......

pada waktu kita merasakan terlalu sedih, hina dan tidak berdaya, kita cuba menyebut asatagfirullahal 'Azim.... mengenang kembali dosa2 yang terdahulu seterusnya memohon ampun kepada Allah dengan bersungguh2, ada kalanya merasakan diri kita bebas dari dosa, sepanjang hidup kita tidak pernah melakukan dosa.

apakah maksud perasaan itu??? ia bermaksud kita sombong dihadapan Allah. kita merasakan diri kita sudah terlepas dari azab seksa atas usaha kita sendiri bukan atas belas ehsan dari Allah s.w.t.

ingatkan sahabat pada kisah seorang ahli ibadah ketika dia ingin dimasukkan ke dalam syurga??? dia bertanya kepada Allah.

" mengapakah aku di masukkan ke syurga?? "

lantas Allah menjawab, " kerana rahmatku engkau masuk ke syurga "

lelaki itu membalas, " tidak " aku mahu ke syurga kerana ibadahku yang banyak ini".

lalu Allah lemparkannya ke neraka kerana KESOMBONGANNYA di hadapan Allah.

seketika kita berasa diri kita kosong tanpa ada sebab yang kukuh, sehingga kita tertanya2 apa sebenarnya yang kita telah lakukan sebentar tadi sehingga kita terasa sebegitu kosong. ini kerana kita belom temui lagi kebahagiaan n ketenangan yang sebenar. kita lupa apa tujuan kita hidup iaitu untuk beribadah kepada Allah.

apa sahaja yang kita rasa samaada bahagia @ sengsara, kuncinya adalah dengan kembali kepada Allah. akhirnya kita akan temui apa yang kita cari selama ini apabila hati di ikat pada tali Allah. kita memerlukan Allah dalam hidup kita sedangkan Allah tidak memerlukan sesiapa....


siapa kita tanpa tuhan yang mencipta...... dimana kita layaknya jika Allah tiada di hati????????????????????


CREDIT tO > Wardah As-sakinah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~KOD MAKANAN YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI~

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.