Bismillahirahmanirahim.....
ALHAMDULILLAH,alhamdulillah,alhmdulillah...syukur, di beri kesempatan lagi tahun ni menyambut RAMADHAN, kelainannya ramadhan PERTAMA di Mu'tah,Jordan :)
Di syria,sudah di isytihar jihad ...allah, beri kemenangan pada umat islam di sana..begitu juga negara-negara islam yang lain.. AMEEN YA ROBB..
BAGAIMANA adik-adik SRAIHAS di sana? akak rindu sangat-sangat sebulan ditamrin bersama kalian.
ALHAMDULILLAH,alhamdulillah,alhmdulillah...syukur, di beri kesempatan lagi tahun ni menyambut RAMADHAN, kelainannya ramadhan PERTAMA di Mu'tah,Jordan :)
Di syria,sudah di isytihar jihad ...allah, beri kemenangan pada umat islam di sana..begitu juga negara-negara islam yang lain.. AMEEN YA ROBB..
BAGAIMANA adik-adik SRAIHAS di sana? akak rindu sangat-sangat sebulan ditamrin bersama kalian.
Permata beharga yang tiada nilainya untuk dijual beli..
Seingat akak, apabila pulang ke kampung padi menghijau. Diri bakal dihujani pertanyaan-pertanyaan dari orang kampung. Rupanya anggapan akak itu salah..Lain pula jadinya. ^^, DIA maha mengetahui segalanya yang terbaik buat akak.. Rupanya, ditamrin bersama adik-adik. Ditakdirkan akak untuk bersama ditarbiyah bersama kalian.
Putih bersih kilauan kesucian nan abadi.Moga tercorak menjadi soleh/solehah kelak nanti
Pertama kali bersama mereka, kekekokkan bermula. Dipanggil 'ustazah' namun akak menolak supaya dipanggil 'kakak' sahaja. Kerana gelaran itu lebih kedengaran akrab dan terasa dekat . Supaya senang hati-hati kami bercantum menjadi satu. Perkongsian bersama, Tarbiah bermula...bukan mereka sahaja,tetapi diri akak juga.
Usai solat bejemaah asar, santapan rohani wajib di isi.
Riadah diwaktu petang. Kerana tubuh badan sihat,minda menjadi cergas.
Membesarlah kalian menjadi jundi-jundi yang cemerlang. Tiap-tiap waktu dan masa dihidang dengan hidangan yang baik.Walaupun penat berpuasa, kalian tetap bersemangat berjuang. Melawan nafsu dari usia yang muda. SUNGGUH ! sungguh untung adik-adik yang terpilih untuk ditarbiah.
Men'tadabbur' muqaddam(IQRA') pabila ada masa yang terluang
* dalam gambar (ABIR HUMAIRA' ,tahun 1)
* dalam gambar (ABIR HUMAIRA' ,tahun 1)
Suasana prep waktu petang(sebelum asar)
Berlatih berpuasa dari kecil. Biar terpaksa agar kelak menjadi biasa. Ada juga perkara biasa ,namun bukan biasa bagi akak..pelbagai ragam kalian yang akak belajar dengan kalian.Benar lah, Tarbiah Ramadhan ni, benar-benar mengusik kalbu akak.
Dalam tarbiyah ni tapaknya bukan sekadar IMAN tapi juga UKHUWAH.
Iman itu untuk bekalan kekuatan diri sendiri dan ukhuwah pulak untuk dikuatkan.Kedua-duanya sangat-sangat diperlukan supaya KEMANISAN tetap mengalir dalam menelusuri jalan tarbiyah yang penuh onak dan liku ini.Seorang yang bergelar daie tak akan mampu untuk hidup seorang.Tak mungkin seorang daie tak mampu untuk ada cinta di hatinya.Sedangkan Allah telah mengajarkan dia tentang cintaNya yang agung.
ADIK-ADIK yang dikasihi, semoga kalian sentiasa dalam jagaanNYA selalu, maaf atas kekasaran akak pada kalian sebelum ini. Itu semua atas rasa CINTA dan SAYANG akak kepada kalian.
Kenangan kita bersama tidak pernah putus-putus dari ingatan akak,
Kem Kecemerlangan UPSR (tahun 6 SRAIHAS bergabung bersama sek ren IHSANIAH )
Bakar sate bersama sebagai 'moreh'
Sate yang belum dimasak
adik hensem-hensem dah siap nk ke surau
menunggu ustaz memberi tazkirah pendek selepas tarawih
dapat makan ais krim (salah satu sajian moreh di bulan puasa)
malam Tamrin Ramadhan terakhir di asrama SRAIHAS
(sajian ayam goreng RFC seorang 3ketul, hadiah juga buat adik-adik yang berjaya melawan nafsu)
akan kenang & sentiasa merindui TAMRIN RAMADHAN bersama kalian
Sehingga kita berjumpa lagi...insya allah..andai diberi umur yang panjang.SUNGGUH, kak nurul amat2 mencintai dan merindui bersama-sama adik-adik..moga TAMRIN RAMADHAN tahun ini akan lebih baik dari semalam..Mencipta sebuah acuan anak-anak soleh/solehah.
p/s: 'Jangan nakal-nakal lagi ye,kesian ustaz dan ustazah tu...pening kepala melayan kerenah adik-adik ni' ^^,
TamRiN RaMAdhAN 1432 H
wow cantik2 uollls..jom lepak kat blog www.pelanginadia.blogspot.com..jom ziarah
BalasPadamIn shaa allah.. terima kasih jejak sni Dan berkongsi... ^_^
BalasPadam