.:: Pencarian PeRMaTA ::.

Khamis, 19 Julai 2012

.::TAmrin RAMADHAN bersama ADIK-ADIK SRAIHAS::.

Bismillahirahmanirahim.....

    ALHAMDULILLAH,alhamdulillah,alhmdulillah...syukur, di beri kesempatan lagi tahun ni menyambut RAMADHAN, kelainannya ramadhan PERTAMA di Mu'tah,Jordan :)

Di syria,sudah di isytihar jihad ...allah, beri kemenangan pada umat islam di sana..begitu juga negara-negara islam yang lain.. AMEEN YA ROBB..


BAGAIMANA adik-adik SRAIHAS di sana? akak rindu sangat-sangat sebulan ditamrin bersama kalian.

       Permata beharga yang tiada nilainya untuk dijual beli.. 


Seingat akak, apabila pulang ke kampung padi  menghijau. Diri bakal dihujani pertanyaan-pertanyaan dari orang kampung. Rupanya anggapan akak itu salah..Lain pula jadinya. ^^, DIA maha mengetahui segalanya yang terbaik buat akak.. Rupanya, ditamrin bersama adik-adik. Ditakdirkan akak untuk bersama ditarbiyah bersama kalian.

Putih bersih kilauan kesucian nan abadi.Moga tercorak menjadi soleh/solehah kelak nanti


Pertama kali bersama mereka, kekekokkan bermula. Dipanggil 'ustazah' namun akak menolak supaya dipanggil 'kakak' sahaja. Kerana gelaran itu lebih kedengaran akrab dan terasa dekat . Supaya senang hati-hati kami bercantum menjadi satu. Perkongsian bersama, Tarbiah bermula...bukan mereka sahaja,tetapi diri akak juga.


Usai solat bejemaah asar, santapan rohani wajib di isi. 

Riadah diwaktu petang. Kerana tubuh badan sihat,minda menjadi cergas. 


Membesarlah kalian menjadi jundi-jundi yang cemerlang. Tiap-tiap waktu dan masa dihidang dengan hidangan yang baik.Walaupun penat berpuasa, kalian tetap bersemangat berjuang. Melawan nafsu dari usia yang muda. SUNGGUH ! sungguh untung adik-adik yang terpilih untuk ditarbiah.

Men'tadabbur' muqaddam(IQRA') pabila ada masa yang terluang
* dalam gambar (ABIR HUMAIRA' ,tahun 1)


Suasana prep waktu petang(sebelum asar)

Berlatih berpuasa dari kecil. Biar terpaksa agar kelak menjadi biasa. Ada juga perkara biasa ,namun bukan biasa bagi akak..pelbagai ragam kalian yang akak belajar dengan kalian.Benar lah, Tarbiah Ramadhan ni, benar-benar mengusik kalbu akak.

Dalam tarbiyah ni tapaknya bukan sekadar IMAN tapi juga UKHUWAH.
Iman itu untuk bekalan kekuatan diri sendiri dan ukhuwah pulak untuk dikuatkan.Kedua-duanya sangat-sangat diperlukan supaya KEMANISAN tetap mengalir dalam menelusuri jalan tarbiyah yang penuh onak dan liku ini.Seorang yang bergelar daie tak akan mampu untuk hidup seorang.Tak mungkin seorang daie tak mampu untuk ada cinta di hatinya.Sedangkan Allah telah mengajarkan dia tentang cintaNya yang agung.


ADIK-ADIK yang dikasihi, semoga kalian sentiasa dalam jagaanNYA selalu, maaf atas kekasaran akak pada kalian sebelum ini. Itu semua atas rasa CINTA dan SAYANG akak kepada kalian.


       Kenangan kita bersama tidak pernah putus-putus dari ingatan akak,

Kem Kecemerlangan UPSR (tahun 6 SRAIHAS bergabung bersama sek ren IHSANIAH )


Bakar sate bersama sebagai 'moreh' 


Sate yang belum dimasak


adik hensem-hensem dah siap nk ke surau


menunggu ustaz memberi tazkirah pendek selepas tarawih


dapat makan ais krim (salah satu sajian moreh di bulan puasa)


malam Tamrin Ramadhan terakhir di asrama SRAIHAS
(sajian ayam goreng RFC seorang 3ketul, hadiah juga buat adik-adik yang berjaya melawan nafsu)


akan kenang & sentiasa merindui TAMRIN RAMADHAN bersama kalian




Sehingga kita berjumpa lagi...insya allah..andai diberi umur yang panjang.SUNGGUH, kak nurul amat2 mencintai dan merindui bersama-sama adik-adik..moga TAMRIN RAMADHAN tahun ini akan lebih baik dari semalam..Mencipta sebuah acuan anak-anak soleh/solehah.


p/s: 'Jangan nakal-nakal lagi ye,kesian ustaz dan ustazah tu...pening kepala melayan kerenah adik-adik ni' ^^,






TamRiN RaMAdhAN 1432 H

Jumaat, 6 Julai 2012

.:: SIAPA KITA TANPA ALLAH ::.



SIAPA KITA TANPA ALLAH...

sebenarnya dalam hidup ini apa yang kita cari?? ada yang menjawab harta, wang ringgit, kebahagiaan, keluarga yang bahagia, kawan yg ramai dan sebagainya.Namun, walaupun semuanya ada digenggaman , ada kalanya kita merasa resah. walau acap kali kita merasa terlalu bahagia seperti dunia ini kita yang punya kerana, rasa gelisah tetap juga mengusik jiwa... tidak tahu apa puncanya..

kenapa ada waktu kita resah dan ada waktu pula kita merasa bahagia??

cuba sahabat2 meletakkan tangan ke dada dan rasa dengupan jantung anda serta sebutlah Astaghfirullahal 'Azim dengan rendah hati...apa yang sahabat rasa? seakan wujud 1 rasa keinsafan dan kesedihan bukan? sedih itu bukan beerti kita sedih meratapi tetapi sebenarnya ketenangan yang abadi hinggap di hati apabila kita mengingati Allah.

cuba sahabat2 tunduk, merasakan diri ini lemah dihadapan Allah. mata yang melihat ini anugerah Allah, tangan yang bergerak ini kepunyaan Allah, kaki yang berjalan ini milik Allah. apa yang sahabat rasa? pastinya timbul rasa kerendahan hati dihadapan Allah bukan??? dan tidak semena2 perasaan resah gelisah yang tidak tahu puncanya itu hilang sedikit demi sedikit.......

pada waktu kita merasakan terlalu sedih, hina dan tidak berdaya, kita cuba menyebut asatagfirullahal 'Azim.... mengenang kembali dosa2 yang terdahulu seterusnya memohon ampun kepada Allah dengan bersungguh2, ada kalanya merasakan diri kita bebas dari dosa, sepanjang hidup kita tidak pernah melakukan dosa.

apakah maksud perasaan itu??? ia bermaksud kita sombong dihadapan Allah. kita merasakan diri kita sudah terlepas dari azab seksa atas usaha kita sendiri bukan atas belas ehsan dari Allah s.w.t.

ingatkan sahabat pada kisah seorang ahli ibadah ketika dia ingin dimasukkan ke dalam syurga??? dia bertanya kepada Allah.

" mengapakah aku di masukkan ke syurga?? "

lantas Allah menjawab, " kerana rahmatku engkau masuk ke syurga "

lelaki itu membalas, " tidak " aku mahu ke syurga kerana ibadahku yang banyak ini".

lalu Allah lemparkannya ke neraka kerana KESOMBONGANNYA di hadapan Allah.

seketika kita berasa diri kita kosong tanpa ada sebab yang kukuh, sehingga kita tertanya2 apa sebenarnya yang kita telah lakukan sebentar tadi sehingga kita terasa sebegitu kosong. ini kerana kita belom temui lagi kebahagiaan n ketenangan yang sebenar. kita lupa apa tujuan kita hidup iaitu untuk beribadah kepada Allah.

apa sahaja yang kita rasa samaada bahagia @ sengsara, kuncinya adalah dengan kembali kepada Allah. akhirnya kita akan temui apa yang kita cari selama ini apabila hati di ikat pada tali Allah. kita memerlukan Allah dalam hidup kita sedangkan Allah tidak memerlukan sesiapa....


siapa kita tanpa tuhan yang mencipta...... dimana kita layaknya jika Allah tiada di hati????????????????????


CREDIT tO > Wardah As-sakinah


Khamis, 17 Mei 2012

.:: Kain Putih mula diCorakkan ::.

Bismillahirahman arRahim...


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

(QS al-Baqarah [2]: 30)

     Bermulanya kita lahir ke dunia, maka akan terikatlah janji kita yang satu. MENJADI KHALIFAH  dimuka bumi ini.. 1 hari kita dilahirkan ke dunia,bermulalah tanggungjawab kita sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapa. Kain putih yang bakal dicorakkan dengan pelbagai corak dan warna disekelilingnya.

    Masa berlalu pergi, tarbiah PERTAMA bermula. Secara langsung di rumah, 'ibu' dan 'ayah' ayat pertama yang dilafazkannya.

    Kain putih itu dicorakkan lagi, seawal umur yang muda dikenalkan dengan PENCIPTANYA, subhanallah !! dititipkan surat dari PENCIPTANYA, mengalunkan irama yang indah seindah bait yang dihafal oleh sikecil walau belum mengerti makna yang sebenarnya. CUMA MENGIKUT..

   Membesar lagi anak itu, didikan tarbiah terus berlangsung. Secara langsung di sekolah, mula mengenal huruf  , mengenal apa itu alam dan apa itu kehidupan , membaca dan berfikir , mengira dan mecongak.. dia kian mengerti tapi masih tercari-cari bayangan sebenar.

  Meningkat dewasa, bergelar MAHASISWA. Era gemilang sebagai Dai'e atau pendakwah yang dulunya hanya sebagai mad'u atau penerima. Langkah semakin besar dan pantas, sekencang larian kuda di medan peperangan.

Melakar sebuah KEHIDUPAN


  Tanggungjawab sebagai hamba ALLAH tidak dilupa. Bermula bangunnya ia dari tidur, solat Subuh.. Tanggungjawab sebagai seorang manusia, didahului sarapan pagi bersama teman-teman seperjuangan. Berkongsi rasa, cerita 'panas dan sejuk', dan masing-masing menyuarakan rasa. Tanggungjawab seorang mahasiswa pula, ke kuliah  pada waktu yang ditetapkan. Menimba ilmu supaya mampu berkongsi dan memberi kelak.

 Namun, Daie tidak berhenti hingga itu, terus bergerak menyumbang sesuatu. Melaksanakan tugasnya, menyambung amanat dan tugas nabi dan rasul. Menyampaikan Dakwah Islam hingga ke penghujung nyawa. Tidak kira di mana tempatnya atau masa. Seperti Nabi Yusuf a.s. menyampaikan Dakwah Islam di penjara. Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan dakwah ketika menggali parit  di medan perang Khandak.

 Jangan disempitkan kefahaman dakwah bahawa tajuk dakwah ini cuma pada ceramah,tazkirah,daurah,bengkel atau lain-lain. Dakwah Islam sebenarnya melangkaui kesemua itu.
Jangan cuma sumbangkan pada petahnya berkata-kata di hadapan orang ramai, jangan cuma pada hebatnya dalam penulisan. Tidak pandai berkata-kata,tidak pandai menulis dan berkarya maka tanggugjawab kita terhenti. SESEKALI TIDAK !! Sumbangan kita meluas, seluas lautan dunia yang tiada penghujungnya.

 Jadilah seorang Daie yang memahami, Daie yang bersikap kemasyarakatan, Daie yang menjadi rujukan kepada orang lain, QUDWAH HASANAH pada MAD'u disekelilingnya dan itu semua juga merupakan sumbangan amal SEORANG YANG BERGELAR DAIE. Segalanya diniatkan kerana AGAMA ISLAM.


Dalam erti kata lain,

Kitalah yang melagukan lirik-lirik dakwah kepada telinga-telinga pendengar,
Kitalah yang melukis dakwah pada kanvas-kanvas hati manusia yang kosong,
Kitalah yang meneriakkan laungan-laungan dakwah di setiap tempat yang dihuni manusia.





Ahad, 12 Februari 2012

.:: DIA yang Utama dan yang PERTAMA ::.

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

       Tanggal 20 OGOS 1991 , Pertama kali saya melihat dunia..semakin belajar dan mengenal apa itu kehidupan..Sebagai seorang PEREMPUAN. Mengenal erti kawan(belum lagi sahabat) mak dan ayah cuma kawanku waktu itu..seterusnya keluarga yang lain..

       Genap umur saya 4 tahun, hati memberontak ingin ke sekolah..ayah memujuk, "diri ni masih kecil..duduk di rumah temani mak dan adik kecil yang berumur 10 bulan di rumah tatkala ayah bekerja.." Namun hati kecil itu, cuma mahukan keinginannya dipenuhi..Akhirnya,si ayah mengalah..anak kecil kesayangannya dihantar ke pra-sekolah Tabika KEMAS..Di sana, saya temui ramai rakan-rakan baru.. Memandangkan saya junior yang paling muda di situ..diri seringkali dibuli oleh yang tua(senior) ..Permainan dirampas, tempat duduk seringkali dibelakang , dicubit dan sebagainya.. Tapi,akhirnya...si kecil diselamatkan oleh seorang wirawati yang sangat garang dan ditakuti oleh yang lain(tapi hatinya sangat baik) ALHAMDULILLAH..Dia, seorang anak guru di sekolah rendah bersebelahan dengan tempat ku belajar.. Tapi, saya tak betah bertahan lama di sana, akhirnya ayah menukarku ke Pra- sekolah lain.. Umurku sebaya dengan rakan-rakan yang lain..tidak lagi dibuli seperti dahulu.

       Melangkah ke alam remaja, pertama kali saya.. dihantar di asrama, itupun atas permintaanku sendiri..ayah menerimanya,dengan menganggap saya akan berdikari.. Melangkah ke bumi mahaad, seperti dunia baru bagiku.. hidup siang dan malam bersama teman dan rakan..makan minum bersama..di sana, saya belajar tentang erti seorang sahabat, saya punya seorang sahabat..yang setia sehingga sekarang..dari zaman Pra- sekolah dahulu.. Ya ALLAH, ikatkan tali Rabithah ini hingga ke syurga..AMIN YA ROBB..

      Kini, kakiku melangkah lebih jauh..jauh berbatu dari pandangan keluarga saya..terpisah antara dua benua..merentas laut ,terbang di awan tinggi nan biru..(AWAN NANO ? entahlah :) Alhamdulillah, diriku terpilih..Bagi yang belum terpilih jangan sedih hati, anda belum gagal..tapi belum terpilih tau mungkin ALLAH ingin berikan yang TERBAIK buat anda..LA TAHZAN (jangan bersedih)..




........................................................................
"Pedih Hati Bila Tak Dapat Apa Yang di HAJATi "
  Pernah anda rasa begitu? saya mengaku, saya penah..sebab saya insan yang biasa..masih lemah iman saya ni..
 "KEGAGALAN, KECUNDANG..." 
   Kegagalan itu biasa, Biasa dihadapi oleh setiap hamba ALLAH yang bernafas di muka bumiNYA ini.. "Awan tak selalunya cerah, laut bukannya selalu tenang, bumi mana yang tidak ditimpa hujan."



      Hari ini, hari Pertama saya..MUNGKIN bagi minggu ini..sem ini..tahun 3 di Universiti Mu'tah ,Jordan. Kenapa MUNGKIN (macam ragu-ragu), kenapa tidak mengiyakanya terus?
Alasannya,saya tak hadir ke kelas hari ni..jasmani saya kurang sihat..tak berdaya ke kelas hari ini. Sangkaku semalam, besok(hari ini) mesti lebih baik..tapi ALLAH masih mengampunkan dosaku..Sakitku mungkin sebagai KAFARAH DOSA (pengampunan dosa) saya yang lalu.

      Kembali pada topik saya yang asal, ingin saya kongsi kisah seorang hamba ALLAH yang diuji dengan KEGAGALAN dalam PEMBELAJARANNYA..
"Seorang hamba ALLAH, yang diberi harapan yang tinggi oleh keluarganya..Memandangkan kehidupan keluarganya yang sederhana..dia juga menjadi model buat adik beradiknya..diberi peluang untuk menyambung pelajaran ke luar negara.. Alangkah bertuahnya dia, menjadi insan yang terpilih ke bumi Anbia'(timur tengah)..Namun, manisnya hidup jangan disangka tiada ujiannya.. Setahun dia mengorak langkah pembelajarannya, dia di uji dengan segala macam..(tandanya ALLAH mengingatinya ,merinduinya dan mencintai hambaNya itu)..
Dia GAGAL dalam pembelajarannya, pinjamannya diHENTIkan sehingga dia mampu menaikkan peratusannya..Saat itu, jiwanya merintih hatinya pedih,matanya menangis..Namun, hal berlalu tak mungkin akan mampu mengulangi masa itu..ALLAH, sedihnya hamba itu.. bukan kerana mengenang nasibnya, tapi harapan yang diberikan kepadanya..hati lara mengenang akan nasibnya yang jauh dari keluarga.
Akhirnya, kekuatan itu datang..jua wasilah dari SANG PEMBERI UJIAN.. Seorang ukhti(saudara perempuan) menghampiri, memeluk dirinya erat..berkongsi kesedihan yang dialami. Ucapnya:
  "kegagalan bukan untuk diratapi,
tapi perlu dihadapi dan dipelajari,
supaya engkau mampu menyusuri hidup di dunia ni,

sedarilah duhai adikku,
di dunia tiada yang senang,
 juga tiada yang susah,
penuh dengan liku-liku kehidupan,
yang senang jangan disangka tiada temboknya,
tembok yang tinggi jangan pula engkau berputus asa untuk melepasinya.

Teruskan perjuanganmu adikku sayang,
perjalananmu masih panjang,
sementara masih bernafas,
hargai tiap detik masamu.

Masih ramai yang diuji sepertimu,
malah lebih berat ujiannya darimu,
sedarlah adikku,bangun dari lenamu,
kembali pada ROBBmu,
Dia merindui dirimu duhai adikku.

Kembali pada niat asal dirimu,
kesini mencari ilmu kerana ALLAH taala,
pasti dikau tak terluka sebegini,
pasti dikau menerima dengan berlapang dada,
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu” surah Al-Baqarah (216)

Adikku sayang,
kejayaan masih boleh dicoret,
ilmu yang kurang boleh dicari dan dipelajari,
andai dirimu dan semangatmu
 yang kental dicorak lagi.

Adikku,
jangan berputus asa memohon kepadaNya,
sentiasa bertawakal pada ALLAH,
kita merancang, Dia juga merancang dengan sebaik-baik perancangan.
Bersangka baiklah adikku dengan ALLAH.

Kata-kata itu...membuatkan dia kembali ke alam nyata..kembali ke ROBBnya... dia bangun dari kegagalan lalu,belajar dari kesilapannya yang lalu..Alhamdulillah, pinjamannya berjalan seperti biasa..Alhamdulillah, allah memberkati hidupnya..bermula dari kehangatan dari UKHWAH itu..Nikmat yang ALLAH bagi padanya adalah untuk mentaati ALLAH taala..DaripadaNYa ujian itu datang, DaripadaNYA jualah DIA memberi wasilah penyelesaian ujian tersebut..sentiasalah bersangka baik denganNYA...Setiap yang berlaku ade HIKMAHnya..Berlajar untuk sentiasa berlapang dada..

~Alhamdulillah...ilham ni yang diberi olehNYA jua...harap boleh dikongsi bersama sahabat-sahabat dan pembaca yang dikasihi.. Yang kurang datang dari diri saya sendiri,dan yang baik itu datang dari ALLAH SWT..terima kasih kerana sudi singgah di PeRMaTA YaNG DiCari.. semoga ALLAH memberkati kalian..amin.



 
          
          
 
 
 

Ahad, 29 Januari 2012

.:: AKUkah Dia itu? ::.

....BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.....

"Dunia semakin tua, umur pula semakin meningkat..bagaimana pula dengan amalanku...ALLAH...Jika dihitungkan  segala amalan-amalanku selama ini, sudah cukupkan sahamku di akhirat kelak..."

Koreksi diri,tajdid amal nafsi... ALLAH,ALLAH,ALLAH...DAKUkah Dia itu? subhanallah...semakin kencang hati berdebar..LAYAKkah daku ke syurgaMU..

Sebuah penulisan yang benar-benar menyentap hati ini..saya kongsikan bersama pembaca PeRMaTA YaNG DiCari..buat tatapan muhasabah diri bersama..

"Dia telah mendengar pengisian-pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit menegakkan Deen(agama islam). Dia telah menelan makna sebenar kesaksian. Dia telah bersetuju menggalas dakwah ini di atas bahunya, dia telah rapi mengatur langkahnya bersama rombongan angkatan pejuang al-haq ini.Dia juga telah membuka seluruh jiwanya untuk menerima kehadiran berita-berita pedih yang bakal muncul di sepanjang jalan yang sangat panjang ini. Dia sudah mula menghiasi kotak mindanya dengan merenung keruntuhan umat dan membenarkan hal itu merobek-robek hatinya yang rindu melihat Islam kembali tertegak di tanah tempat dia berpijak.Ya, dia seorang da'ie yang baru mulai sedar bahawa dia seorang da'ie!
Namun, dia juga yang kemudiannya menonton movie di depan laptop. Bukan satu atau dua movie dalam simpanannya, tapi satu foldernya penuh dengan movie pelbagai tema. Kadang-kadang dia menonton secara online.
Da'ie itu juga yang selepas habis berhalaqah, dia bermain permainan video di komputer. Kadang-kadang sendiri, kadang pula berteman. Tak juga mustahil, temannya itu juga seorang da'ie!
Ada masa, dia seorang da'ie yang tekun membaca komik. Ada masa pula, novel menjadi pilihan-Twilight, Di Persisiran Rindu, Eat Pray Love dan bermacam lagi. Dialah da'ie yang selepas berpenat mengharungi musim peperiksaan lalu dia berehat dengan membelek-belek majalah hiburan untuk mencari secebis keseronokan.
Facebook apa kurangnya, buat dia terhibur. Kadang, berjam-jam juga dia melekat. Dia da'ie yang rancak melayan chatting, comment-comment sana sini, like itu ini; dan seribu macam lagi interaksi di laman Facebook yang tidak penting pun sebenarnya. Kadang-kala, sehingga solat dilengah-lengahkannya.
Dia juga merupakan da'ie yang masih ringan menjaga ikhtilat - masih ber'SMS' dan bercakap di telefon dengan corak ikhtilat yang sepatutnya tidak terlihat pada seseorang da'ie yang sudah faham.
Ada waktu pula, dia adalah da'ie yang masih berkeinginan untuk pergi ke tempa-tempat 'bergembira' seperti panggung wayang misalnya, atau keraian-keraian yang ada terselit unsur-unsur lagha. Dengan rasionalnya bahawa dia jaga pakaian, dia bukan pergi dengan couple, dia bukan pergi lama dan bermacam bentuk lagi alasan untuk membenarkan kehendak dalam dirinya itu. Tak kurang juga alasan yang berbunyi, dia kan seorang da'ie, dia kan pergi usrah, dia kan rancak berprogram! Sekali sekala ke birthday party bukan salah pun.
Sounds familiar??
Itulah hakikatnya seorang da'ie, atau bukan seorang tapi ramai sebenarnya da'ie yang masih gagal mengikis karat-karat jahiliah pada dirinya. Kefahaman tentang tugasnya terhadap deen sudah ada, malangnya dia masih gagal menolak kehendak nafsu yang membisik-bisik dalam dirinya - iaitu dorongan rasa mahu untuk mendapat secebis keseronokan di sebalik aktiviti-aktiviti sia (lagha) itu.
Wahai dai'e! Bagaimana kamu mahu menyeru manusia kepada Rabb, agar bertuhankan Allah dan HANYA Allah sahaja, sedangkan kamu sendiri masih bertuhankan kehendak-kehendak yang bersembunyi dalam diri kamu itu? Kamu masih dibayangi telunjuk kemahuan-kemahuan itu?
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"
(Al-Jatsiyah ayat 23)
Wahai dai'e! sedarkah kamu bahawa gerak kerja ini perlukan perkakasan yang benar-benar baik dan mantap kalau ia ingin dilaksanakan dengan jaya. Sedarkah kamu bahawa kita sudah tak punya masa, kita sudah kesuntukan tenaga.
Masih ingatkah kamu wahai dai'e, akan sepuluh wasiat yang Imam Hassan Al-Banna tinggalkan?
Dirikanlah solat dengan segera apabila mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
Bacalah al-Qur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
Berusaha dan bersungguh-sungguhlah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.
Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
Sedarkah kamu wahai dai'e, jalan ini sudah tersedia sangat panjang dan penuh liku, dan ia akan jadi bertambah panjang dan berliku kalau peserta-peserta nya dipikat-pikat oleh kepalsuan manisnya noda jahiliyah.
Sedarkah kamu wahai dai'e, bukan dakwah yang memerlukan kamu, bukan dakwah yang akan rugi kalau kamu tidak kikis dan buang karat jahiliyah itu. Akan tetapi kamu yang akan rugi, akan lebih sakit dan payah, akan lebih perlahan dan akhirnya kecundang. Mahukah kamu tersingkir dari rombongan ini?
Wahai dai'e yang di sayangi, sedarlah betapa bertuahnya kamu kerana dipilih oleh Allah untuk menemui erti perjuangan ini lantas turut bersamanya. Betapa bertuahnya kamu kerana mengenal al haq. Maka jangan lah kamu cemarkan kesucian al haq itu dengan noda jahiliyah yang kamu tak ingin tinggalkan.
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."
(Al-Baqarah, 42)
Wahai dai'e yang sedang menelan pahitnya mujahadah, sesungguhnya kamu sudah mengerti hakikat ini. Dan kamu memang sedar akan kesulitan ini. Ya, kamu sedang berperang dengan nafsu, kamu sedang lelah berlawan dengan sisa jahiliyah yang begitu bertubi-tubi serangan nya sambil bergerak memikul dakwah di atas dada kamu.
Andai kamu hampir tewas, moga ini jadi semboyannya. Andai kamu hampir terlena, moga ini jadi penggeranya.
Ayuh dai'e!! Tinggalkan semua kenikmatan palsu itu, andai kamu merasa dunia ini banyak pesonanya, ingatlah bahawa rahmat dan syurga Allah itu jauh lebih manis dan indah, dan Dia tidak sekali-kali mungkir pada janjiNya. Asalkan kamu, benar-benar berjihad!
"Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah-membela agamanya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepada-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(At-Taubah, 39)
Ayuh wahai dai'e, kita maju ke hadapan!
 catitan : http://eushahidaraffar.com/


Tepuk dada tanyalah iman kita samaada, adakah kita tergolong dalam golongan ini..
jawapannya ada di hati pembaca yang budiman sekalian.

~Hamba yang juga leka, muhasabah bersama~





Isnin, 2 Januari 2012

.. Hati Kosong Perlu Diisi ..

Duhai diri
SEDARlah dari FANTASI
bukan disuruh menari
tapi minta diISI..

DUNIA ini
sekadar PERSINGGAHAN
amalan NAFSI
belum menCUKUPi..

INSAFi diri
HATI KOSONG PERLU diISI
biarpun nafsu MENOLAK
jiwa MERAGUI
PANTAS mendongak
merentasi halusinasi..

RAHMAT ALLAH
usah diRAGUi
pantas diHARGAI..

SeMANIS air gula batu
seTEBAL muka buku
hidup tidak bermakna bukan tanpa kamu
dia , mereka atau aku
tapi TANPA ALLAH YANG SATU..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~KOD MAKANAN YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI~

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.